DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 22 February 2013

Dia Penyeri Hidupku

...Dengan nama Allah

Meskipun terlalu berat hati ini untuk meninggalkan rumah di kampung halaman, tetapi aku kuatkan juga demi mengejar salah satu matlamat hidupku...doakan anakmu di sini ibu....

Sesungguhnya pada waktu, detik, masa dan saat ini aku
sangat merindui seorang insan yang bernama ibu...
Ibu, sudah cukup bagiku engkau mengandung, melahirkan dan membesarkan aku
tak usah lah ibu mempersoalkan sejauhmana ibu harus menjagaku
kerana sudah cukup  sungguh ibu mejaga aku sehingga dewasa begini
tiada kata yang dapat aku ucapkan untuk menggambarkan
betapa aku bersyukur menjadi anakmu, dibesarkan olehmu, dijaga olehmu ibu...
hanya doa mampu ku hadiahkan
agar ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera
di bawah lindungan dan jagaan yang Maha Esa...
segala jasamu ibu, pasti akan sentiasa tersimpan dalam sanubariku
selama-lamanya...sampai mati.
ketahui lah ibu, tanpamu...siapalah aku.
Syukur Alhamdulillah...kerana Ibuku!

~Ya Allah, sembuhkanlah sakit ibuku...tabahkanlah hati ibukan dan kuatkanlah semangat ibu dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan~

Tuesday 22 January 2013

Duhai Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Ya Allah payungilah hatiku daripada terus menerus disirami kedukaaan...Sesungguhnya, perasaan ini wujud daripada sekeping hatiku yang sedang keresahan...benarlah kata orang, hati tercalar tak nampak, hati terluka tiada berdarah, hati menangis tiada berairmata, hati merintih tidak kedengaran...bagaimanakah harus aku usir perasaan yang wujud dari lubuk hatiku ini agar tidak terus menerus membuatkan diriku seperti hanyut dengan angan-angan ciptaan ku sendiri di atas bahtera yang sedang aku layari...sesungguhnya hanya Allah yang tahu! segala kedukaan yang tersemat dihati ini...

Ya Allah, usah biarkan aku melayari bahtera kehidupanku dengan hati yang keresahan...payungilah hatiku yang sedang dibasahi kegusaran dan dipanasi dengan kegelisahan yang tidak berpenghujung...dan sinarilah hatiku dengan cahaya iman agar aku tabah mengharungi segala kedukaan...hanya pada-Mu aku memehon...Jangan biarkan aku hidup dengan kesenangan dunia sehingga melupakan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku...

Ya Allah, semoga bahtera yang aku layari dalam kehidupan ini mampu untuk sampai ke destinasi yang ingin aku tuju dengan baik, meskipun permulaan jalan yang aku layari penuh onak duri, persimpangannya pula aku dihempas ombak sepi, pertengahannya aku ditakluki lanun yang keji...meskipun layarku robek ditampar tiupan angin, ku harap akhir perjalananku dalam melayari bahtera hidup yang Kau uji menemui kisah yang abadi...

~In syaAllah~

Monday 21 January 2013

surat Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang...

Saya sebenarnya telah menerima surat cinta...!!! dan saya yakin setiap orang  Islam mempunyai surat cinta mereka...surat cinta ni, bukan kiriman daripada insan yang bernama kekasih hati, pengarang jantung, intan payung tuu semua, tapi surat cinta ini ialah daripada Allah...^___*



sedarkah kita bahawa Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada kita itu sebenarnya merupakan surat cinta (love letters from Allah)...buktinya segala yang ada yang tertulis dalam kitab suci itu sebenarnya menunjukkan bahawa Allah sangat sayang kepada kita...jika kita dalami, fahami, dan ketahui isi Al-Quran, kita akan sedar bahawa Allah turunkan Al-Quran supaya kita tahu betapa Allah menyayangi hamba-hambanya..., betapa Allah cintakan kita...<3 <3 <3

salah satu surat cinta Allah untuk kaum wanita ialah Surah An-Nur ayat 31...Allah menyuruh para wanita menjaga aurat mereka, jaga kehormatan diri mereka, jaga pandagan mata mereka...


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka mempertlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-sardara mereka, anak saudara lelaki atau perempuan mereka, perempuan2 Islam, hamba-hamba mereka, orang gaji lelaki yang sudah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, kanak-kanak lelaki yang yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan perhiasan yang tersembbunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya!"
(SURAH AN-NUR ayat 31)

jadi, kerapkanlah lidah untuk melafazkan ayat2 suci daripada Al-Quran...sebab banyak faedah yang kita akan dapat melaluinya...baca dan fahami isinya, untuk dijajikan sebagai pedoman kita semua...<3<3<3


kenapa kalau kekasih kirim surat cinta, kita akan sentiasa ulang untuk membaca...
kenapa tidak dengan surat cinta daripada Allah untuk kita...^____^

sama-sama kita renung, tenung, amati...jom mengaji!!!

Friday 18 January 2013


Bismillahhhirrahmanirahim...

Selesai sudah sem 5! sem 6 menanti...cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru jer lepas sem satu...tinggal satu sem lagi, dah nak praktikel. ilmu rasa macam tak penuh lagi didada...makin banyak belajar, makin banyak pulak yang tak tahu...haiyya, mcam mana nie...apa-apa pon, seronok sangat sepanjang sem 5...syukur Alhamdulillah!

terima kasih pada kawan-kawan yang menceriakan satu sem sepanjang saya di tanjung malim...syukur sungguh sebab Allah bagi diorang jadi kawan saya!!! peace...(^____^)




~sayang mereka~



Masa sem 5, banyak benda baru yang saya pelajari, harap-harap sem 6  yang akan datang lebih beshhh!!! Insya Allah...<3 <3 <3






terima kasih semua....hehehe...shy c(:

angan3...

jika dapat ku jadikan pelangi sebagai teman
akan kupinjam seri warnanya untuk
melakar hari-hariku yang sepi mencengkam
jika dapat ku jadikan matahari sebagai teman
akan ku pinta sinarnya untuk
menceriakan hariku agar hilang segala gundah
jika dapat kujadikan rembulan sebagai teman
akan ku nantikan suluhan cahayanya setiap malam
agar dapat kulihat pemandangan malam
jika dapat ku jadikan bintang sebagai teman
akan ku minta kilauwan sinarnya untuk
menemanini diriku yang sedang walang
jika dapat kujadikan awan sebagai teman
akan ku minta dia melindungi segala kegelisahan
akan ku pinta awan yang berarak
untuk membawaku mengelilingi dunia yang tiada sempadan...
jika dapat kujadikan langit sebagai teman
akan ku ukir segala cerita hidupku di dadanya
yang luas terbentang...agar boleh dibaca di setiap alam
jika dapat ku jadikan angin sebagai teman
akan kupinta sedikit hembusan bayunya yang nyaman
jika dapat ku jadikan hujan sebagai teman
akan ku minta dingin airnya yang bercurahan
agar dapat memberiku sedikit kesegaran
jika dapat ku jadikan kilat sebagai teman
akan ku pinta supaya ditunjukkan pemandangan satu alam
kerana sinarannya yang terpacul seakan kamera yang sedang merakam...

~wahhh!!! seronok kan kalau dapat wat macam gini~ winkk2 @_____@