DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Sunday 25 November 2012



duhai kekasih hatiku...
sesungguhnya aku sangat merinduimu
merindui senyummu
merindui pandangan mata mu
merindui tutur katamu
merindui setiap tingkah lakumu

andai bisa ku kirim rinduku ini untukmu
akan ku kirim rinduku
pada sang pelangi
akan ku kirim senyumku
pada sinar mentari
akan kuukir wajahmu
di dada langit nan biru
agar bisa ku lihat selalu
akan ku hias senyummu
bersama kilauan bintang yang bergemerpapan
akan ku pinjam sinar daripada sang bulan
untuk menyuluhmu setiap malam
agar malammu tidak kesunyian...

namun, hanya doa mampu ku titipkan
hanya alunan Al-Quran mampu ku kirimkan
sebagai hadiah yang ku anggap teman
untuk menghantar rindu padamu
yang tidak tertahan
semoga rasa rindu ini terubat
dan semoga lelahku untukmu diberkati Tuhan...


-kekasihku ini, tidak lain tidak bukan, IBU ku sayang-












Monday 12 November 2012

assalamualaikum....^_____^

hai kawan-kawan, nama saya Auni Darwisya...
umur saya 1 tahun 4 bulan,
saya sangat sayang umi nan abah saya...
saya suka makan, tido dan bermain...^___^

ini cik bit, anak patung kesayangan saya...cik bit comelll sangat,
kalau kawan2 nak tahu, saya suka peluk cik bittttt...^___^, 
orang lain xleh ambik cik bit saya tau, kalau nak pinjam boleh laa...

kawan2 jangan la cakap saya garang tau, 
saya sebenarnya tengah posing tuu...hehehe ^____^


~sayang kawan2 semua~
muuuuuah....shy c(:
"yang paling jauh bukan bintang, matahari juga bukan dan bukan juga rembulan tetapi yang paling jauh ialah masa yang telah berlalu dan tak akan kembali berulang, yang ada hanya hari ini dan akan datang. jadi, gunakan hari ini sebaik mungkin kerana hari esok belum tentu milik kita sedangkan semalam telah pergi buat selamanya...-imam syafie-