DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 15 June 2012

Ilmuku Masih Cetek






bismillahhirrahmanirrahim

seronoknya hidup kalau banyak ilmu kan...hidup mencari ilmu ibarat sebuah kapal yang sedang belayar, belayar ke suatu tempat yang sangat jauhhh...ingat senang ke nak belayar, susah tau...kena redah lautan biru yang saaangat luas, dalam pulak tuuu...time hujan ribut, hah ambik kau! bahaya tuuu...kena pulak yang mabuk laut pulak, huh! biar tau rasa itu orang, siksa woo...buatnya pulak terserempak dengan jerung ke, dugung ke, ikan paus ke, raksasa dalam laut ke, tak ke mampus...hehehe, ada ke? datang pulak mat-mat lanun...hrmmm...tak tahu laa nak cakap apa...antara hidup ngan mati laa...aisyh...susahnya nak cari ilmu kan...banyak betul dugaan dan ranjau kena tempuhi, tapi bila sebuah pelayaran yang kita layari dapat kita tempuhi hingga sampai ke destinasi arah tuju yang kita nak pegi tuu...fuuhhh, alangkah indahnya dunia...yang memang dah indah nii...

mencari ilmu ni jugak seperti menggali perigi. nak gali perigi xsenang tau, kena cari tempat yang elok, ye lah untuk dapatkan air yang jernih kenala tengok tempat jugak...xboleh jugak main gali jee, nanti kena tempat yang airnya keruh, buat penat gali je...bak kata orang tua2 laa...nak buat perigi, first sekali kita kena cangkul tanah, cangkul sampai jumpa mata air...bukan mat tahir...hehe, bila dah jumpa mata air kita cangkul lagi, than cangkul lagi sampai boleh buat perigi la...means sampai air tu kita boleh guna...haa, sama la cari ilmu...kita kena berusaha la dulu, bila dah dapat hasil yang baik, maknanya ilmu yang kita dapat tu  kita boleh manfaatkan dalam kehidupan kita....ilmu ni, kita boleh guna sampai bila-bila, tapi kena guna pada jalan yang elok laa...huhu(^__^)

ilmu memang sangat penting, sebab tu lah orang yang tak berilmu ibarat sehelai kertas yang kosong tanpa sebarang contengan...tak mampu untuk memberi apa-apa informasi...kertas kosong bukanlah tidak berguna apa-apa, memanglah kertas kosong boleh dibuat tulis, tetapi tulisan yang ada pada sehelai kertas itu sebenarnya kadang-kala mampu memberi seribu erti kepada kita...(pembaca)...

pentingnya ilmu sehingga Allah s.w.t menurunkan wahyu yang pertama iaitu, surah al-alaq ayat 1-5 kepada Rasulullah s.a.w...surah al-alaq menyeru kita supaya mencari ilmu... ayuh, sama-sama kita hayati...

قْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥l
maksud ayat 1-5 ialah:
1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2) Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku
3) bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah
4) yang mengajar manusia melalui pena tulisan
5) Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

pentingkan ilmu ni untuk kita terokai...surah kedua yang menyebut tentang betapa ilmu tu penting ialah surah al-mujadalah ayat 11...jom baca,

al mujadalah ayat 11

  maksud ayat ini ialah: hai orang-orang beriman, apabila dikatakan kepadamu berlapanglah lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan 'berdirilah kamu',maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah maha mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Mujadalah ayat 11)




oleh sebab ilmu ni sangat pennntingg dalam hidup kita, apa yang perlu kita buat? semua mesti tahu kan...mestilah kita kena telusuri ia, terokai ia, berdamping lah dengan ilmu agar kita tak kan jadi sehelai kertas yang kosong...pepatah Melayu sendiri pon ada cakap...carilah ilmu walaupon sampai ke tembok cina...betapa panjang dan tebal nya tembok cina tuuu kann...kalau berjalan, huh! mesti pengsan dulu sebelum sampai ke penghujung...haha, sebab tu lah kita kena cari ilmu sedalam mungkin...cungkil ilmu agar kita peroleh hasilnya kelak. hrmmm...tapi, ilmu tanpa amal tak kemana juga, so dengan adanya ilmu, kita kenalah amalkan...barulah dapat berkat daripada Allah s.w.t...betul tak?

~sekadar nak berkonsi tulisan~


.: ya Allah, sekiranya aku ditakdirkan untuk mempunyai suami suatu hari nanti...tak apa lah tak hemsem pon, tak apa lah juga kalau tak kaya raya sangat pon, tapi biarlah yang berilmu...sebab kalau boleh, aku ingin menumpang ilmu yang dia ada...(ilmu kena kongsi tau, jangan kedekut pulak) sebab ilmu milik ALLAH, kita ni hanyalah penyampai sahaja...
(^___^)






-terima qaseh sudi baca-

No comments:

Post a Comment