DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Wednesday 13 June 2012

bismillahhirrahmanirrahim....

mesti tertanya-tanya, kenapa letak gambar kereta? kereta mewah yang style giler plak tuu...sebenarnya saje je letak kete tu sebab suke tengok...tak kira la kete macam mane pon, yang penting kena ada cermin pandang belakang, betul takk? haa...sebabnya, Hidup kita ibarat cermin pandang belakang. apabila kita sedang memandu sebuah kereta, tak kira lah kereta apa pon, sama ada mewah atau pon tidak...kecuali kereta sorong....hehe



untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju, kita sudah pasti akan melihat cermin pandang belakang untuk memandu dengan lebih berhati-hati atau untuk melihat situasi di belakang. Begitu juga dalam hidup, kita perlu juga menoleh ke masa silam...hayati apa yang berlaku dalam kehidupan kita masa lalu, jika banyak kesalahan yang telah kita lakukan, seeloknya perbaiki ia agar tidak berulang. Jika kita hidup susah di masa lalu, berusahalah untuk mencari jalan agar kita tidak terus-menerus dibelenggu kepayahan demi kepayahan agar kehidupan kita dapat diperbaiki dan terus maju...InsyaAllah.
sebab tu lah, sebuah kereta yang dicipta dengan sempurna dengan enjin yang bagus, serta pelbagai alat yang fleksibel dan dinamik tetap akan diletakkan cermin pandang belakang...sebab cermin pandang belakang tu, perlu untuk pemandu...jadi, dalam kehidupan pun, kita perlu ada cermin pandang belakang (perlu pandang ke belakang) walaupun untuk seketika sahaja...( ^ _ ^ )



~senyumsokmo~
...trima qaseh sudi baca...

No comments:

Post a Comment