DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Thursday 27 December 2012

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t... 

Sebelum pergi lebih lanjut lagi mengenai apa yang ingin ditulis ini, saya ingin menyatakan perkara yang ingin saya kongsikan di sini...saya nk cerita mengenai JIN! Haaaa...walaupun agak pelik, tapi saya rasa sebagai manusia kita sememangnya kena percaya, di atas muka bumi ini, Allah ciptakan manusia dan pelbagai makhluk lain...termasuklah jin...oleh sebab itu, adanya surah-surah seperti surah al-jin...

apa itu JIN?

jin diciptakan oleh Allah daripada api...Allah s.w.t ada menyebutkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panasss yang diperbuat daripada api. dalam surah (al-Hijr:27) ada menyebut yang bermaksud dan kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. dan Dia mencipta jin dari nyalaan api (ar-rahman: 15)

Jin ada yang muslim dan ada yang kafir...buktinya dalam surah al-jin ada menyebut: dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza ( al-jin :11)

Contohnya, jin muslim ialah jin yang menjadi tentera nabi sulaiman a.s. buktinya terdapat dalam surah an-nam: 17, maksudnya dan kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. Dan kami angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanann sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebualan dan kami alirkan ciran tembaga baginya. dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. dan diapa yang menyimpang diantara mereka dari perintaah kami, kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. (surah saba':12)

jin nie, mereka ada kerajaan mereka sendiri tau...macam ada ketua, ada rakyat...sama macam manusia juga sebenarnya...mereka akan menemani manusia walau dalam apa keadaan sekalipun...jadi, kita kena ingat... dalam hidup ini, tidak pernah walaupun sesaat kita bersendirian...hehehe

oleh itu, sebagai manusia kita kena ingat...apa yang kita buat haruslah berdasarkan naluri...bukannya pengaruh daripada anasir-anasir lain...apa yang pertama kali terdetik dalam hati kita itulah yang kita kena buat, dan yang kedua, ketiga dan seterusnya itu, mungkin pengaruh yang tidak baik daripada golongan yang ingin memusnahkan hati kita...(^_____^)


* jadilah yang terbaik daripada yang terbaik...sesungguhnya, Allah s.w.t ciptakan manusia lebih baik daripada makhluk-makhluk lain yang ada atas muka bumi ini...

SESUNGGUHNYA, TERDAPAT BERIBU BINTANG DI LANGIT...TETAPI ALLAH S.W.T HANYA PILIH SATU UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI MATAHARI...(^_______^)

terima kasih, sudi baca....


Tuesday 18 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim....

Asslamualaikum w.b.t...





ermm...dah lama tak "up date" saya punya blog ni...nk tulis apa erk?

Oleh sebab malam ni rasa sannggattt boring...jadi, saya  nak kongsi satu cerita...cerita pasal gua Tempurung! huhu

"first time" saya masuk gua rasa sangat teruja...nak tahu tak, rupa-rupanya dalam gua suasananya sangat cantikkk walaupun gulap gulita...kalau padam lampu dan dongak ke atas, fuhhh...nampak macam awan...cantikk sangat...tapi sayang tak boleh nak ambil gambar sebab tak bawa masuk kamera, takut rosak sebab dalam gua tu kena lalu ikut air...:-(

masuk gua Tempurung, perhhh....memang "advanture" gila lah...kena naik bukit yang berbatu-batu, lepas  tu turun balik...masuk lubang, keluar lubang, masuk air, menyelam, merangkak, meniarap...huhhhh...best sangat walaupun penatnya hanya Allah sajalah yang tahu...al-maklum lah, saya ni tak biasa ngan aktiviti yang lasak-lasak...tapi, bila masuk kembara alam boleh cuba...bila lagi kan...

lepas tu, batu-batu gua yang kat atas tu...ada macam-macam bentu...so cantikkk lah, ada bentuk muka orang, bentuk binatang macam rimau, bentuk buah,, makanan dan ada tulisan-tulisan lama...rasa tak puas je duk dalam gua tu walaupun selama 5 jam berada dalam gua dengan aktiviti "caving" bersama team kembara alam, tapi rasa nak lagi je...huhuhu...batu-batu yang terbentuk di bahagian atas dipanggil "stalacties" dan yang kat bawak pulak dipanggil "stalagmites"....

 


haa...ni la yang dipanggil 'stalacties' dan 'stlagmites' tuu
 gambar ni-> download

Masa duk dalam gua tuu, saya dan team kembara alam duk berkumpul reramai dan 'our lecturer' suruh buat refleksi...masa tuu lampu semua padam...dan gelapnya macam duk dalam tanah jer...(walaupun tak pernah masuk)...dan masa tu, saya rasa sangat-sangat bersyukur sebab dilahirkan di bumi Allah pada zaman yang serba canggih dan moden nii...kalau tak, hrmmm...jadi macam orang zaman pra sejarah laa...menetap dalam gua! serammm....huhuhu

berada dalam gua Tempurung selama 5 jam, banyak memberi pengalaman yang berharga untuk saya... dalam hidup ni, kerjasama sangat penting untuk kita amalkan, bak kata "wonderpats" apa yang penting? KERJASAMA... huhuhu...saya cakap macam ni sebab masa duk dalam gua tu, aktiviti perjalanan agak lasak dan sangat memenatkan...rasa nak suruh renjer tu bawak keluar cepat-cepat je sebab tak tahan, tapi, bila dah keluar rasa nak masuk lagi lah pulak.... walaupun aktivitinya sanagt lasak dan memenatkan, tapi oleh sebab semua team kembara alam saling bekerjasama dan bantu membantu...semua kerja yang kami buat jadi lancar jee...seperti kata wonderpats lagi, dengan kerjasama senua kerja yang susah jadi senang!....huhu<3<3<3


Nak tahu cerita takkk!...sebelum sampai di Gua Tempurung, saya dan kumpulan saya telah melakukan aktiviti town survival...bermula jam 9 malam sampai lah 10 pagi keesokan harinya, kami di lepaskan di pekan gopeng dan kena berjalan mencari tapak kem dengan daya usaha kami sendiri tanpa dibenarkan bawa duit, maknan dan yang sewaktu denganya...hanya sehelai sepinggang sahajalah kami masa tuuu...
nak diringkaskan cerita, kumpulan kami telah di pelawa oleh seorang hamba Allah yang baik hati untuk ke rumah beliau...dia ajak kita orang makan dan menginap di rumahnya dan akan hantar kami ke tapak kem ngan kete dia...masa tuuu, hanya penat yang menguasai diri semua orang dalam kumpulan termasuklah saya sendiri....so, apa lagi Jomm ke rumah en. Anip...huhuhu. walaupun, group kita orang tak de town survival sangat, tapi kita orang dapat belajar mempercayai orang lain, belajar erti mengasihani orang lain, dapat kenal ngan keluarga en. Anip ngan lebih dekat...isteri dia Kak Az... baikkk sangat...so, ten kiu en Anip n family... meskipun tak dapat jalani town survival dengan jayanya, tapi ada jugak kelebihan dan kekurangan yang kami peroleh...seronok jugakkkk!!!


errmmm....nak cite apa lagi erk, haa...hari pertama di tapak kem, sampai-sampai je dah kena buat aktiviti khidmat masyarakat...dalam hati masa tu (ala penatnya)...tapi, bila sampai di rumah opah, penat tu hilang dengan sendirinya...bila tengok opah teringat kat mak di kampung...masa tu, untuk menghilangkan kesedihan yang tumbuh di hati...saya bersihkan halaman rumah opah bersama-sama saya punya team...seronok pulak bila dapat tolong opah. masa kita orang sampai... opah nampak heppi sangat! kesian opah, dah tua tapi duk rumah sorang-sorang pulak...waktu kita orang nak balik, opah nampak sedih jer...tp nak buat cam mane kan...:-(((((((


tuu dia...(gambar ni ambik ngan kamera orang lain)

kami...satu team! walaupun pertemuan hanya sementara, tetapi beribu memori
dipahat di sanubari....<3 <3 <3

haa...ni la our instruktor yang banyak membantu
menjayakan program kita orang, yang kat hujung sekali
yang pakai baju colour merah tuu our lecturer....
ten kiu sangatttt
<3 <3 <3
 
seperti biasalah, setiap pertemuan yang berlaku, akan disusuli dengan perpisahan...tapi, meskipun begitu...sepanjang pertemuan yang berlaku, segala kenangan yang tercipta, sama ada kenagan manis ke, pahit ke, masam ke, masin ke, tawar ke...semua kenangan tu mungkin tidak terhapus bersama-sama perpisahan, tetapi akan disiram dengan ingatan yang sentiasa mekar di sanubari ku ini...INSYAALLAH...


-terima kasih sudi baca-

(ILALLIQOK)........(^__________^)





Sunday 25 November 2012



duhai kekasih hatiku...
sesungguhnya aku sangat merinduimu
merindui senyummu
merindui pandangan mata mu
merindui tutur katamu
merindui setiap tingkah lakumu

andai bisa ku kirim rinduku ini untukmu
akan ku kirim rinduku
pada sang pelangi
akan ku kirim senyumku
pada sinar mentari
akan kuukir wajahmu
di dada langit nan biru
agar bisa ku lihat selalu
akan ku hias senyummu
bersama kilauan bintang yang bergemerpapan
akan ku pinjam sinar daripada sang bulan
untuk menyuluhmu setiap malam
agar malammu tidak kesunyian...

namun, hanya doa mampu ku titipkan
hanya alunan Al-Quran mampu ku kirimkan
sebagai hadiah yang ku anggap teman
untuk menghantar rindu padamu
yang tidak tertahan
semoga rasa rindu ini terubat
dan semoga lelahku untukmu diberkati Tuhan...


-kekasihku ini, tidak lain tidak bukan, IBU ku sayang-












Monday 12 November 2012

assalamualaikum....^_____^

hai kawan-kawan, nama saya Auni Darwisya...
umur saya 1 tahun 4 bulan,
saya sangat sayang umi nan abah saya...
saya suka makan, tido dan bermain...^___^

ini cik bit, anak patung kesayangan saya...cik bit comelll sangat,
kalau kawan2 nak tahu, saya suka peluk cik bittttt...^___^, 
orang lain xleh ambik cik bit saya tau, kalau nak pinjam boleh laa...

kawan2 jangan la cakap saya garang tau, 
saya sebenarnya tengah posing tuu...hehehe ^____^


~sayang kawan2 semua~
muuuuuah....shy c(:
"yang paling jauh bukan bintang, matahari juga bukan dan bukan juga rembulan tetapi yang paling jauh ialah masa yang telah berlalu dan tak akan kembali berulang, yang ada hanya hari ini dan akan datang. jadi, gunakan hari ini sebaik mungkin kerana hari esok belum tentu milik kita sedangkan semalam telah pergi buat selamanya...-imam syafie-

Tuesday 16 October 2012

Puisi Buat Rohingya


Disaat manusia hilang pedoman
Kerakusan, kezaliman, kekejaman
Beraja di fikiran,
Langsung tidak diendahkan
Suara-suara sayup yang kedengaran,

Mereka merintih,
Mereka meratap,
Mereka menjerit,
Mereka merayu,
Meminta belas kasihan
Dimanakah hak mereka?
Sampai bila, sampai bila, sampai bila
Mereka harus derita,

Tidak tersentuhkah sang durjana itu
Melihat anak-anak kecil
menjadi mangsa kerakusan,keganasan
jeritan, tangisan, rintihan,
dianggap seperti lagu-lagu yang didendang,
ohh! Sungguh kejam,

mereka diusir dari kampung halaman
disaat kediaman mereka dijilat api
dijilat api yang sedang kelaparan




mereka hanya mampu memandang
mereka hanya mampu meratap
hanya mampu mengerang kesakitan
mereka tak berdaya menghalang
darah merah Rohingya yang mengalir
berterusan menghujani bumi Arakan
tanpa ada sebarang sekatan

tiada kuasa yang tampil ke depan
membela nasib mereka yang malang
masing-masing hanya mampu mengunci mulut
mengikat kaki tangan
melihat keganasan-demi keganasan

-terima kasih sudi baca-

Friday 5 October 2012

assalamualaikum...

sepertinya, malam ini terasa sahaja jari-jariku ini ingin menaip sesuatu untuk diukir dalam blog saya yang comey ni...haha(masuk bakul sikit)

ok, saya rasa nak kongsi satu cerita. ceritanya tentang orang yang putus cinta. cerita ini berbentuk dialog. dialognya bermula apabila ada 2 orang sahabat sedang bersembang-sembang di kedai makan. seorang namanya Ramli. seorang lagi, namanya yusuf. Muhammad yusuf. nama yang klasik yang sedap sekali didengar bagi saya. hehehe

Ramli: "suf, aku dengar engkau baru putus cinta dengan buah hati kau si Shima tu. betul ke?" dengan memek muka yang seakan-akan tidak percaya perpisahan itu berlaku kerana, muhammad yusuf dan shima sememangnya satu pasangan yang sangat bahagia jika dilihat dengan mata kasar semasa mereka sedang berkasih.

M. Yusuf: "mana kau tahu?" dengan nada bersahaja.

Ramli: "aku dengar member-member kita la yang duk bercakap. tu yang aku nak tanya ni. lagi pun aku tengok engkau langsung tak menunjukkan riak yang sedih ke, frust ke, kecewa ke, berduka ke. tu yang aku tanya. mana tahu kot-kot yang aku dengar tu tak betul kan." ramli memberi penerangan yang agak panjang di situ.

M.Yusuf: betul la. aku memang dah clash pon ngan shima. dah seminggu dah.

Ramli: "habis tu kau tak sedih ke suf?" tanya ramli, masih juga ingin tahu perasaan m.Yusuf ketika itu.

M.Yusuf: kenapa aku mesti sedih? soalan di balas soalan juga oleh M.Yusuf.

Ramli: laa...ye la, tak kan tak sedih. kau kan sayaaaanggg giler pada si shima tu...

M.Yusuf: betul Li. aku sayang pada dia. tapi buat apa aku nak bersedih untuk orang yang tak sayang kan aku? sepatutnya dia la yang kena sedih, sebab dia dah kehilangan orang yang sayangkan dia.

Ramli: "err...betul juga..." mereka terdiam selepas itu...

CINTA. macam-macam pendapat akan dikemukakan jika kita bertanya tentang maksudnya. ada yang kata cinta itu perlukan kesetiaan. ada yang kata cinta itu buta, ada jugak yang kata cinta itu perlukan pengorbanan.



setiap orang kena ada cinta dalam diri mereka...
bagi saya, cinta itu macam makanan. ada rasa manis, masam, pahit, masin....
dalam hidup ini kita percaya adanya hantu kan,  kita tak nampak pun ia tapi kita percaya ia ada kan...
begitu jugaklah dengan cinta! hehehe...(shy....c(=


Saturday 22 September 2012




bismillahhirrahmanirrahim...

syukur alhamdulillah...terima kasih Allah, kerana masih memberikan hamba-Mu ini peluang untuk terus bernafas dan mengucapkan kalimah...
 
 أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله


 

Friday 15 June 2012

Ilmuku Masih Cetek






bismillahhirrahmanirrahim

seronoknya hidup kalau banyak ilmu kan...hidup mencari ilmu ibarat sebuah kapal yang sedang belayar, belayar ke suatu tempat yang sangat jauhhh...ingat senang ke nak belayar, susah tau...kena redah lautan biru yang saaangat luas, dalam pulak tuuu...time hujan ribut, hah ambik kau! bahaya tuuu...kena pulak yang mabuk laut pulak, huh! biar tau rasa itu orang, siksa woo...buatnya pulak terserempak dengan jerung ke, dugung ke, ikan paus ke, raksasa dalam laut ke, tak ke mampus...hehehe, ada ke? datang pulak mat-mat lanun...hrmmm...tak tahu laa nak cakap apa...antara hidup ngan mati laa...aisyh...susahnya nak cari ilmu kan...banyak betul dugaan dan ranjau kena tempuhi, tapi bila sebuah pelayaran yang kita layari dapat kita tempuhi hingga sampai ke destinasi arah tuju yang kita nak pegi tuu...fuuhhh, alangkah indahnya dunia...yang memang dah indah nii...

mencari ilmu ni jugak seperti menggali perigi. nak gali perigi xsenang tau, kena cari tempat yang elok, ye lah untuk dapatkan air yang jernih kenala tengok tempat jugak...xboleh jugak main gali jee, nanti kena tempat yang airnya keruh, buat penat gali je...bak kata orang tua2 laa...nak buat perigi, first sekali kita kena cangkul tanah, cangkul sampai jumpa mata air...bukan mat tahir...hehe, bila dah jumpa mata air kita cangkul lagi, than cangkul lagi sampai boleh buat perigi la...means sampai air tu kita boleh guna...haa, sama la cari ilmu...kita kena berusaha la dulu, bila dah dapat hasil yang baik, maknanya ilmu yang kita dapat tu  kita boleh manfaatkan dalam kehidupan kita....ilmu ni, kita boleh guna sampai bila-bila, tapi kena guna pada jalan yang elok laa...huhu(^__^)

ilmu memang sangat penting, sebab tu lah orang yang tak berilmu ibarat sehelai kertas yang kosong tanpa sebarang contengan...tak mampu untuk memberi apa-apa informasi...kertas kosong bukanlah tidak berguna apa-apa, memanglah kertas kosong boleh dibuat tulis, tetapi tulisan yang ada pada sehelai kertas itu sebenarnya kadang-kala mampu memberi seribu erti kepada kita...(pembaca)...

pentingnya ilmu sehingga Allah s.w.t menurunkan wahyu yang pertama iaitu, surah al-alaq ayat 1-5 kepada Rasulullah s.a.w...surah al-alaq menyeru kita supaya mencari ilmu... ayuh, sama-sama kita hayati...

قْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥l
maksud ayat 1-5 ialah:
1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2) Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku
3) bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah
4) yang mengajar manusia melalui pena tulisan
5) Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

pentingkan ilmu ni untuk kita terokai...surah kedua yang menyebut tentang betapa ilmu tu penting ialah surah al-mujadalah ayat 11...jom baca,

al mujadalah ayat 11

  maksud ayat ini ialah: hai orang-orang beriman, apabila dikatakan kepadamu berlapanglah lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan 'berdirilah kamu',maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah maha mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Mujadalah ayat 11)




oleh sebab ilmu ni sangat pennntingg dalam hidup kita, apa yang perlu kita buat? semua mesti tahu kan...mestilah kita kena telusuri ia, terokai ia, berdamping lah dengan ilmu agar kita tak kan jadi sehelai kertas yang kosong...pepatah Melayu sendiri pon ada cakap...carilah ilmu walaupon sampai ke tembok cina...betapa panjang dan tebal nya tembok cina tuuu kann...kalau berjalan, huh! mesti pengsan dulu sebelum sampai ke penghujung...haha, sebab tu lah kita kena cari ilmu sedalam mungkin...cungkil ilmu agar kita peroleh hasilnya kelak. hrmmm...tapi, ilmu tanpa amal tak kemana juga, so dengan adanya ilmu, kita kenalah amalkan...barulah dapat berkat daripada Allah s.w.t...betul tak?

~sekadar nak berkonsi tulisan~


.: ya Allah, sekiranya aku ditakdirkan untuk mempunyai suami suatu hari nanti...tak apa lah tak hemsem pon, tak apa lah juga kalau tak kaya raya sangat pon, tapi biarlah yang berilmu...sebab kalau boleh, aku ingin menumpang ilmu yang dia ada...(ilmu kena kongsi tau, jangan kedekut pulak) sebab ilmu milik ALLAH, kita ni hanyalah penyampai sahaja...
(^___^)






-terima qaseh sudi baca-