DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Thursday 27 December 2012

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t... 

Sebelum pergi lebih lanjut lagi mengenai apa yang ingin ditulis ini, saya ingin menyatakan perkara yang ingin saya kongsikan di sini...saya nk cerita mengenai JIN! Haaaa...walaupun agak pelik, tapi saya rasa sebagai manusia kita sememangnya kena percaya, di atas muka bumi ini, Allah ciptakan manusia dan pelbagai makhluk lain...termasuklah jin...oleh sebab itu, adanya surah-surah seperti surah al-jin...

apa itu JIN?

jin diciptakan oleh Allah daripada api...Allah s.w.t ada menyebutkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panasss yang diperbuat daripada api. dalam surah (al-Hijr:27) ada menyebut yang bermaksud dan kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. dan Dia mencipta jin dari nyalaan api (ar-rahman: 15)

Jin ada yang muslim dan ada yang kafir...buktinya dalam surah al-jin ada menyebut: dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza ( al-jin :11)

Contohnya, jin muslim ialah jin yang menjadi tentera nabi sulaiman a.s. buktinya terdapat dalam surah an-nam: 17, maksudnya dan kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. Dan kami angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanann sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebualan dan kami alirkan ciran tembaga baginya. dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. dan diapa yang menyimpang diantara mereka dari perintaah kami, kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. (surah saba':12)

jin nie, mereka ada kerajaan mereka sendiri tau...macam ada ketua, ada rakyat...sama macam manusia juga sebenarnya...mereka akan menemani manusia walau dalam apa keadaan sekalipun...jadi, kita kena ingat... dalam hidup ini, tidak pernah walaupun sesaat kita bersendirian...hehehe

oleh itu, sebagai manusia kita kena ingat...apa yang kita buat haruslah berdasarkan naluri...bukannya pengaruh daripada anasir-anasir lain...apa yang pertama kali terdetik dalam hati kita itulah yang kita kena buat, dan yang kedua, ketiga dan seterusnya itu, mungkin pengaruh yang tidak baik daripada golongan yang ingin memusnahkan hati kita...(^_____^)


* jadilah yang terbaik daripada yang terbaik...sesungguhnya, Allah s.w.t ciptakan manusia lebih baik daripada makhluk-makhluk lain yang ada atas muka bumi ini...

SESUNGGUHNYA, TERDAPAT BERIBU BINTANG DI LANGIT...TETAPI ALLAH S.W.T HANYA PILIH SATU UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI MATAHARI...(^_______^)

terima kasih, sudi baca....


Tuesday 18 December 2012

Bismillahirrahmanirrahim....

Asslamualaikum w.b.t...





ermm...dah lama tak "up date" saya punya blog ni...nk tulis apa erk?

Oleh sebab malam ni rasa sannggattt boring...jadi, saya  nak kongsi satu cerita...cerita pasal gua Tempurung! huhu

"first time" saya masuk gua rasa sangat teruja...nak tahu tak, rupa-rupanya dalam gua suasananya sangat cantikkk walaupun gulap gulita...kalau padam lampu dan dongak ke atas, fuhhh...nampak macam awan...cantikk sangat...tapi sayang tak boleh nak ambil gambar sebab tak bawa masuk kamera, takut rosak sebab dalam gua tu kena lalu ikut air...:-(

masuk gua Tempurung, perhhh....memang "advanture" gila lah...kena naik bukit yang berbatu-batu, lepas  tu turun balik...masuk lubang, keluar lubang, masuk air, menyelam, merangkak, meniarap...huhhhh...best sangat walaupun penatnya hanya Allah sajalah yang tahu...al-maklum lah, saya ni tak biasa ngan aktiviti yang lasak-lasak...tapi, bila masuk kembara alam boleh cuba...bila lagi kan...

lepas tu, batu-batu gua yang kat atas tu...ada macam-macam bentu...so cantikkk lah, ada bentuk muka orang, bentuk binatang macam rimau, bentuk buah,, makanan dan ada tulisan-tulisan lama...rasa tak puas je duk dalam gua tu walaupun selama 5 jam berada dalam gua dengan aktiviti "caving" bersama team kembara alam, tapi rasa nak lagi je...huhuhu...batu-batu yang terbentuk di bahagian atas dipanggil "stalacties" dan yang kat bawak pulak dipanggil "stalagmites"....

 


haa...ni la yang dipanggil 'stalacties' dan 'stlagmites' tuu
 gambar ni-> download

Masa duk dalam gua tuu, saya dan team kembara alam duk berkumpul reramai dan 'our lecturer' suruh buat refleksi...masa tuu lampu semua padam...dan gelapnya macam duk dalam tanah jer...(walaupun tak pernah masuk)...dan masa tu, saya rasa sangat-sangat bersyukur sebab dilahirkan di bumi Allah pada zaman yang serba canggih dan moden nii...kalau tak, hrmmm...jadi macam orang zaman pra sejarah laa...menetap dalam gua! serammm....huhuhu

berada dalam gua Tempurung selama 5 jam, banyak memberi pengalaman yang berharga untuk saya... dalam hidup ni, kerjasama sangat penting untuk kita amalkan, bak kata "wonderpats" apa yang penting? KERJASAMA... huhuhu...saya cakap macam ni sebab masa duk dalam gua tu, aktiviti perjalanan agak lasak dan sangat memenatkan...rasa nak suruh renjer tu bawak keluar cepat-cepat je sebab tak tahan, tapi, bila dah keluar rasa nak masuk lagi lah pulak.... walaupun aktivitinya sanagt lasak dan memenatkan, tapi oleh sebab semua team kembara alam saling bekerjasama dan bantu membantu...semua kerja yang kami buat jadi lancar jee...seperti kata wonderpats lagi, dengan kerjasama senua kerja yang susah jadi senang!....huhu<3<3<3


Nak tahu cerita takkk!...sebelum sampai di Gua Tempurung, saya dan kumpulan saya telah melakukan aktiviti town survival...bermula jam 9 malam sampai lah 10 pagi keesokan harinya, kami di lepaskan di pekan gopeng dan kena berjalan mencari tapak kem dengan daya usaha kami sendiri tanpa dibenarkan bawa duit, maknan dan yang sewaktu denganya...hanya sehelai sepinggang sahajalah kami masa tuuu...
nak diringkaskan cerita, kumpulan kami telah di pelawa oleh seorang hamba Allah yang baik hati untuk ke rumah beliau...dia ajak kita orang makan dan menginap di rumahnya dan akan hantar kami ke tapak kem ngan kete dia...masa tuuu, hanya penat yang menguasai diri semua orang dalam kumpulan termasuklah saya sendiri....so, apa lagi Jomm ke rumah en. Anip...huhuhu. walaupun, group kita orang tak de town survival sangat, tapi kita orang dapat belajar mempercayai orang lain, belajar erti mengasihani orang lain, dapat kenal ngan keluarga en. Anip ngan lebih dekat...isteri dia Kak Az... baikkk sangat...so, ten kiu en Anip n family... meskipun tak dapat jalani town survival dengan jayanya, tapi ada jugak kelebihan dan kekurangan yang kami peroleh...seronok jugakkkk!!!


errmmm....nak cite apa lagi erk, haa...hari pertama di tapak kem, sampai-sampai je dah kena buat aktiviti khidmat masyarakat...dalam hati masa tu (ala penatnya)...tapi, bila sampai di rumah opah, penat tu hilang dengan sendirinya...bila tengok opah teringat kat mak di kampung...masa tu, untuk menghilangkan kesedihan yang tumbuh di hati...saya bersihkan halaman rumah opah bersama-sama saya punya team...seronok pulak bila dapat tolong opah. masa kita orang sampai... opah nampak heppi sangat! kesian opah, dah tua tapi duk rumah sorang-sorang pulak...waktu kita orang nak balik, opah nampak sedih jer...tp nak buat cam mane kan...:-(((((((


tuu dia...(gambar ni ambik ngan kamera orang lain)

kami...satu team! walaupun pertemuan hanya sementara, tetapi beribu memori
dipahat di sanubari....<3 <3 <3

haa...ni la our instruktor yang banyak membantu
menjayakan program kita orang, yang kat hujung sekali
yang pakai baju colour merah tuu our lecturer....
ten kiu sangatttt
<3 <3 <3
 
seperti biasalah, setiap pertemuan yang berlaku, akan disusuli dengan perpisahan...tapi, meskipun begitu...sepanjang pertemuan yang berlaku, segala kenangan yang tercipta, sama ada kenagan manis ke, pahit ke, masam ke, masin ke, tawar ke...semua kenangan tu mungkin tidak terhapus bersama-sama perpisahan, tetapi akan disiram dengan ingatan yang sentiasa mekar di sanubari ku ini...INSYAALLAH...


-terima kasih sudi baca-

(ILALLIQOK)........(^__________^)