DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Thursday 27 December 2012

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t... 

Sebelum pergi lebih lanjut lagi mengenai apa yang ingin ditulis ini, saya ingin menyatakan perkara yang ingin saya kongsikan di sini...saya nk cerita mengenai JIN! Haaaa...walaupun agak pelik, tapi saya rasa sebagai manusia kita sememangnya kena percaya, di atas muka bumi ini, Allah ciptakan manusia dan pelbagai makhluk lain...termasuklah jin...oleh sebab itu, adanya surah-surah seperti surah al-jin...

apa itu JIN?

jin diciptakan oleh Allah daripada api...Allah s.w.t ada menyebutkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panasss yang diperbuat daripada api. dalam surah (al-Hijr:27) ada menyebut yang bermaksud dan kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. dan Dia mencipta jin dari nyalaan api (ar-rahman: 15)

Jin ada yang muslim dan ada yang kafir...buktinya dalam surah al-jin ada menyebut: dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza ( al-jin :11)

Contohnya, jin muslim ialah jin yang menjadi tentera nabi sulaiman a.s. buktinya terdapat dalam surah an-nam: 17, maksudnya dan kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. Dan kami angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanann sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebualan dan kami alirkan ciran tembaga baginya. dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. dan diapa yang menyimpang diantara mereka dari perintaah kami, kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. (surah saba':12)

jin nie, mereka ada kerajaan mereka sendiri tau...macam ada ketua, ada rakyat...sama macam manusia juga sebenarnya...mereka akan menemani manusia walau dalam apa keadaan sekalipun...jadi, kita kena ingat... dalam hidup ini, tidak pernah walaupun sesaat kita bersendirian...hehehe

oleh itu, sebagai manusia kita kena ingat...apa yang kita buat haruslah berdasarkan naluri...bukannya pengaruh daripada anasir-anasir lain...apa yang pertama kali terdetik dalam hati kita itulah yang kita kena buat, dan yang kedua, ketiga dan seterusnya itu, mungkin pengaruh yang tidak baik daripada golongan yang ingin memusnahkan hati kita...(^_____^)


* jadilah yang terbaik daripada yang terbaik...sesungguhnya, Allah s.w.t ciptakan manusia lebih baik daripada makhluk-makhluk lain yang ada atas muka bumi ini...

SESUNGGUHNYA, TERDAPAT BERIBU BINTANG DI LANGIT...TETAPI ALLAH S.W.T HANYA PILIH SATU UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI MATAHARI...(^_______^)

terima kasih, sudi baca....


No comments:

Post a Comment