DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 30 March 2012

Warna Kehidupan!!!

Semalam ialah kenangan...
Esok ialah misteri...
Hari ini ialah kurnia daripada Ilahi...

Alhamdulillah...hari ini aku masih bernyawa! :-)

Betapa aku berasa beruntung dan bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang manusia di bumi Allah ini. Bumi yang sungguh indah Allah cipta yang tidak akan ada di planet lain. Mendengar kicauan burung yang sangat merdu di pagi hari sangat mengasyikkan telinga ku. Menikmati hembusan angin segar di waktu pagi sangat menyamankan, melihat pokok-pokok kayu yang seakan sedang menari-nari dengan lemah gemalai apabila dihembus oleh tiupan angin lembut amat menarik perhatian, melihat awan putih yang sedang berarakan di atas sana menandakan cuaca indah akan menjelang. Dapat melihat mentari yang samar-samar menyuluh bumi Tuhan agar cerah pemandangan alam. Memang perfect ciptaan Allah yang tidak akan terjangkau dek akal manusia sehingga membuat aku terfikir sejenak, kalaulah aku tidak dilahirkan di muka bumi ini, sudah pasti aku tidak akan menikmati keindahan alam yang sangat mengkagumkan ini. Alangkah ruginya aku jika tidak dapat menikmati keindahan alam milik Allah ini. ALLAHHUAKBAR!!! terima kasih Allah.

Bertambah bertuah dan beruntung apabila aku mempunyai segala-galanya walaupun tidak berharta.Yang pennting aku punyai ibu bapa dan keluarga yang sayangkan aku...itu sudah cukup menggembirakan aku.  Walaupun aku tidak berharta dan kaya raya dengan wang ringgit, tetapi aku bersyukur dengan kehidupan yang Allah bagi padaku. Sangat-sangat bersyukur. Harta di dunia sememangnya boleh dicari kerana rezeki seseorang itu telah Allah tentukan dan ada dimana-mana. Namun, harta untuk aku bawa ke alam sana yang masih tidak cukup untuk aku sebenarnya. Aku  punyai kehidupan seperti orang lain, kadang-kadang gembira,  kadang-kadang duka, kadang-kadang menangis, kadang-kadang ketawa. i love my life very much!

Bercakap mengenai rezeki...sewaktu aku asyik menikmati keindahan alam di pagi hari, terpandang sebuah basikal tua yang "diparking" di tepi tong sampah di hadapan rumah sewaku. Aku tercari-cari gerangan pemilik basikal tua itu, tetapi tidak kelihatan kelibat sesiapa. ku lihat didalam raga basikal itu dipenuhi dengan plastik-plastik pelbagai warna, lantas berfikir untuk apakah plastik-plastik itu? tiba-tiba datang sebuah kenderaan pengangkut sampah yang singgah betul-betul di tepi basikal tua itu. Tidak lama selepas itu, keluar dua orang lelaki yang dengan pantasnya mengangkat tong-tong sampah yang dipenuhi sampah sarat dan diletakkan sampah itu di tempat sampah pada kenderaan yang mereka naiki. sedang dua lelaki itu mengangkat tong sampah, muncul seorang nenek tua dengan tangannya dipenuhi botol-botol plastik di sebalik pokok yang terletknya sebuah tong sampah menuju ke tempat parking basikal tuanya. Botol-botol plastik di tangannya dimasukkan ke dalam plastik yang diambil daripada raga basikalnya. Kemudian, nenek itu mengayuh basikalnya menuju entah ke mana...mencari botol plastik di tempat lain pula agaknya. Sangat sedih melihat nenek tua itu, mungkin itu cara dia mencari rezeki untuk menyara dirinya...~~~

~Dalam melalui arus kehidupan, kita kena harungi setiap persimpangan jalan...sama ada jalan itu penuh onak duri dan berliku-liku, atau pun jalan itu cantik tanpa halangan. Walau apapun dugaan yang mendatang, kita tidak sepatutnya berhenti melangkah kerana setiap langkahan yang kita buat, pasti akan mendapat bantuan daripada Allah...sesungguhnya, walau apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini terhadap kita sama ada perkara suka atau duka, sedih atau gembira, hidup mesti tetap diteruskan...Ingatlah Allah sentiasa Ada.~


~SEKADAR CORETAN~

Monday 26 March 2012

Salah Siapa???

Duitku telah dirompakkkk!!!

Pada hari Jumaat, 2 Mac 2012...waktu tengah hari yang sangat ceria dengan dengan tanah yang kering, cuaca yang sangat cerah, udara yang sangat nyaman, ditambah pula dengan kicauan burung yang kadang-kadang kedengaran dan kadang-kadang tenggelam dari lubuk pendengaran...hari itu sungguh indah sekali bagiku sebenarnya... Terima kasih Allah!

Namun begitu, tanpa ku duga pada jam 12. 45 tengah hari...(lebih kurang time tu la) waktu aku mengambil duit di mesin ATM di hadapan pintu utama, depan padang upsi tu...nasibku sangat malang apabila duit ku telah dirompakkkk!!! sungguh kejam perompak itu, sungguh tidak ku sangka...jika ku tahu duitku akan dirompak sebegitu rupa, sudah pasti aku tidak akan mengambil duitku di situ pada hari itu...bukan main lama lagi ku tunnggu duitku keluar daripada mesin atm itu, tetapi duit tidak keluar, yang keluar hanyalah sekeping kad bank yang nipis berbentuk segi empat sahaja, slip pon tidak keluar pada waktu itu, apabila aku cek baki wang dalam akaun aku, aku dapati duitku semakin berkurangan...jadi, sudah terang dan tak perlu disuluh lagi bahawa duitku dirompakk...aku dapati mesin atm telah merompak duitku dengan cara menelannya... satu perbuatan yang sangat kejammmmmm:(

Perasaan sedih, geram, kecewa, benci, sayang...semuanya bercampur baur menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirka dengan ayat mahupun kata-kata...macam nak nangis je time tu rasanya. sedih sebab duit aku dirompak, geram sebab aku xdapat nak pukul perompak tu, benci sebab perompak tu rompak duit aku, sayang sebab duittt akuu tuu...hadoiii...( $ $ )

Hari ni, sudah lebih 3 minggu duit aku dirompak oleh mesin ATM, tapi duitku masih tidak dimasukkan oleh pihak berwajib yang sepatutnya sudah menguruskan kemasukan semula duitku yang sudah dirompak ituuu...Persoalannya di sini ialah? adakah pihak yang sepatutnya mengurus kemasukan semula duit aku yang telah dirompak oleh mesin ATM sebanyak 1000 RM itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh hati? atau, adakah pihaknya menjalankan tugas mereka untuk mengurus kemasukan semula duitku itu dengan acuh tak acuh sahaja...perkara ini lah yang membuat hatiku sangat panasss!!!

Sudah 6 kali aku berkunjung ke bank Islam cawangan Tanjung Malim untuk bertanya mengenai status akaun aku...tapi jawapan sama yang diberi, tunggu! tunggu! tunggu! sampai bila nak tunggggguuu!!! dan sudah berkali-kali juga aku menghabiskan kredit aku dengan menelefon 'assistan manager' bank Islam tu, tapi dia kata dia akan cuba untuk bantu aku seboleh mungkin...tapi sampai bila bang oiii...dah lama sangat nie...

Duit ohh duitt...dimana kau duittt??? $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

-cuma ingin meluah perasaan-

~ Ya Allah Permudahkanlah Urusanku Selepas ini~

Friday 23 March 2012

Pemilik cintaku Selepas Allah dan Rasul

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang 
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.
(Aminah Qutb)


 

Ya Allah,
Jika aku diberi rasa cinta, 
rasa kasih,
rasa sayang, 
rasa rindu,
akan seseorang hamba-Mu
Engkau cintai lah, 
kasihi lah,
sayangi lah,
dan rindui lah aku
pada orang yang sentiasa
melabuhkan cintanya,
kasihnya, 
sayangnya, dan 
rindunya kepada-Mu.
  
Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan aku meletakkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya daripada pandangan mataku,
Dan
Jauhkanlah ia daripada relung dihatiku.

Monday 19 March 2012

TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH DUHAI AYAH!

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa....kasih aku tiada galang gantinya dan akan berkekalan selama-lamanya!!! InsyaAllah....

Tiba-tiba rasa teringat pada mek ngan Abah kat kampung...Bangun pagi, lepas  menunaikan kewajipan, tiba-tiba wajah mak abah datang dalam memori...sihatkah orang tuaku di kampung. Rasa nak sangat balik kampung jumpa mereka sekarang, tapi apakan daya jarak memisahkan kita...

Lepas 'call' mek abah...tenyata, aku dapat rasa yang mereka pun rindu kat akuuu...huhu! <3 <3 <3
masa cakap ngan mak tadi mak tanya, sihat x? dah makan ke belom? belajar macam mana? solat jangan tinggal, Quran jangan lupa! sedih sebab dapat dengar suara je, tak boleh nak bersua muka, tak boleh nak berjabat mesra...Tapi aku brsyukur dan gembira sangat sebab mereka masih ada...Terima kasih Allah!

 I MISS MY MEK!!!  AND MY ABAH!!!

Walaupun tak dapat jumpa mek abah 'face to face', tak dapat pegang tangan mek, tak dapat cium mek, tapi aku syukur sebab aku dapat bercakap dan dengar suara mek...Sekarang ni hanya doa mampu kukirim kepada mereka dengan harapan agar, mereka berada dalam lindungan-Nya selalu...semoga mereka sihat selalu, semoga mereka gembira selalu...semoga mereka sentiasa dalam rahmat dan barokah daripada Ilahi...



 jom layan lagu yang sangat comel ini, i like it suwitt sangat  <3<3<3



Kepada mek: semoga sihat selalu...jaga kesihatan tau, jangan makan manis-manis, jangan lupa makan ubat...
kepada abah: banyakkan berehat, jangan buat kerja berat-berat...jaga mekkk elok-elok...sayang abah!

Lagu untuk my mom...<3<3<3
i love u mom ;-)

DEAR DUCK ;-)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukittt!!! jom menabunggg

Masa kecik-kecik dulu tak suka menabung. Tapi sekarang rasa nak menabung pulak. Jelous laa tengok abang dan kakak saya ada banyak duit syiling dalam tabung dia orang. Bila dah penuh beria-ria suruh saya hitung wang syiling dalam tabung dia...menyampah betol! Tapi, sebenarnya saya memang suka simpan duit syiling. Cuma lambat nak penuh je tabung saya, hehehe. 


Ohh DEAR DUCK, my tabung... i will try my best to give you food until you full! duit syiling oh duit syiling, di manakah kamuu...mulai sekarang Salah satu benda yang saya suka ialah duit syiling sebab dapat bagi makan pada tabung saya yang sering kelaparan selagi perutnya tak dipenuhkan. oleh sebab itu, dengan adanya logam-logam nipis berupa duit syiling, tabung saya akan ada makanan lah....hehehe

terima kasih kepada kakak saya sebab belikan saya tabung baruuu... tapi sekarang duit syiling tak banyak, mungkin lama lagi laa DEAR DUCK saya nak kenyang... cute kittiey dah penoh! Hohoho...

 
  tabung kak eytiey bagi...:-)

DEAR DUCK yang comel, tapi nampak gaya lambat lagi nak penoh...kesian, xpe lah. walau apa pun yang terjadi, saya akan pastikan duck saya kenyang! huhu <3 <3 <3


Friday 16 March 2012

Waktu Dulu-Dulu

Terasa ingin menjengah ke zaman kanak-kanak, Indahnya waktu dulu-dulu....;-)

Teringat zaman kanak-kanak, saat diri dimanja-manja oleh mak ayah, nak makan mak suapkan, nak mandi mak mandikan, nak pakai baju mak pakaikan...semua benda mak buat untuk aku, best nye! zaman kanak-kanaklah zaman yang paling meriah dengan pelbagai telatah. jika dihitung memang tidak terkira banyaknya kenagan masa lalu di usia kanak-kanakku.

Rindu waktu main masak-masak, main kejar-kejar, main sorok-sorok, main kawen-kawen, main pondok-pondok, main macam-macam dengan kawan-kawan di kampung. tapi, semua itu sekarang hanya tinggal kenangan. kenangan yang akan tersemat disanubari untuk selamanya, kerana bagiku kenangan itu lebih berharga untuk disimpan dalam memori hidupku.

Rindu juga waktu pergi mengaji Al-Quran di rumah tok guru (Allahyarham Tok Hassan/ Ayah Ngah) bersama abang, kakak dan kawan-kawan. pergi mengaji ramai-ramai dan masing-masing berebut nak baca dulu, sebab nak balik awal...Aku mula mengaji Quran rumah arwah Tok Ayah Ngah masa umur 6 tahun sebab sebelum tu mengaji dengan abah. Abah ajar mengaji sangatlah garang sampai aku kecut perut je 'time' kena hadap Quran depan abah. Nasib baik aku dihantar mengaji rumah arwah Ayah Ngah. selamat aku daripada rotan abah. hehehe...tapi aku tetap gembira boleh belajar mengaji dengan abah,aku tahu abah garang sebab nak suruh aku cepat pandai...

Masa kecil dulu, pegi sekolah abah hantar. masa 'first time' pergi sekolah masa darjah satu, aku sangat takut sebab abah tinggalkan aku di sekolah sorang-sorang. Aku tengok orang lain pon kena tinggal dengan 'parents' diaorang. ada yang sampai menangis-nangis. Tapi aku tak nangis sebab nak tunjuk 'cool' biar dalam hati sedih nak mampus kena tinggal masa tu. masa abah datang ambil aku waktu tamat sekolah, abah kena belanja 'ais cream' sebab aku merajuk dengan abah yang tinggal aku sorang-sorang di sekolah. Jadi abah pujuk dengan membelikan aku 'ais cream'. Tapi bila dah biasa pergi sekolah, rasa 'best' sebab dapat ramai kawan dan dapat belajar benda baru dengan suasana baru. seronok sangat masa tu...

'first time' dapat kawan baru rasa sangat teruja. (Wan Rahimah & Norhazaini) kawan pertama yang aku kenal masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah iaitu Sek. Keb. Che Latiff. Sampai sekarang masih ingat pada mereka berdua. tapi sayang, sudah 'lost contac'. Nak buat macam manakan, sudah ditakdirkan aku dan mereka hanya sempat berkawan di usia kanak-kanak je. tapi, aku tetap nak berterima kasih kepada mereka berdua sebab sudi jadi kawan aku suatu ketika dahulu...

zaman kanak-kanak merupakan waktu yang sangat menyeronokkan dalam hidupku. tanpa memikirkan masalah atau apa-apa sahaja  perkara yang merungsingkan jiwa. sekiranya waktu dihentikan dan jika diberi pilihan untuk aku pilih waktu mana yang ingin aku singgah, akan ku pilih zaman kanak-kanak ku...ohhh! sungguh seronok waktu itu. waktu yang mungkin tidak lagi aku lalui selepas ini.

Tuesday 13 March 2012

Macam mana nak jadi BAIK?

Terdetik di hati ini mengenai perkataan BAIK... apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'baik' dan macam mana nak jadi baik...? 


pernah terbaca sebuah novel yang membicarakan perkara ini...terasa amat menarik dengan isi yang ditulis oleh penulis novel tersebut mengenai perkataan BAIK. Menurut penulis tersebut, kalau kita ingin menjadi baik, kita kena tahu apakah erti di sebalik perkataan baik itu. Dalam Islam, orang yang baik ialah seseorang yang beriman sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Maknanya, buat semua perkara yang Allah suruh dan jangan buat semua perkara yang Allah tidak suka. Dalam perkataan yang mudah ialah Allah suruh kita tutup aurat, menghormati sesama insan, sayang ayah ibu dan sebagainya. Tetapi jika kita tidak melakukan suruhan Allah dan buat yang sebaliknya, maknanya kita masih tidak mampu untuk menjadi seorang insan yang baik. Sebagai contoh yang mudah, seorang wanita yang bertudung lingkup, tetapi memakai baju yang sendat, masih tidak boleh dikatakan baik kerana menampakkan aurat...

Sesungguhnya, ingin menjadi baik amatlah susah kerana sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan demi kesalahan sama ada kita sedar ataupun tidak. Namun begitu, kita sebagai manusia perlu juga untuk perbaiki setiap kesalahan yang kita lakukan. Walaupun kita tidak mampu untuk menjadi BAIK, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu cuba untuk menjadi baik.

Setiap orang yang hidup di dunia ini tidak ada yang sempurna, tetapi kesempurnaan itu dicari oleh setiap orang!

Monday 12 March 2012

Dengan nama Allah


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


HANYA DENGAN BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
” Setiap pekerjaan yang mempunyai kebaikan ( penting ) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut ” Bismillahirahmanirahim”, maka pekerjaan itu akan pincang ( terputus dari rahmat Allah )

Jom dengar lagu yang sangat cute ini...BISMILLAH from Yusuff Islam:


 


Sunday 11 March 2012

Kenderaan Terakhirku

Tiba-tiba teringat mati...sesungguhnya, diri ini milik Allah yang Satu!

Kematian bukanlan suatu penamat, tetapi ia adalah permulaan sebuah kehidupan yang berkekalan.


Setiap yang menumpang di atas muka bumi milik Allah ini pasti akan merasai hari kematian. Saat itu, tiada lagi peluang untuk kita perbaiki segala kelemahan diri. Saat itu, kita harus bersedia menghadapi-Nya walau apa sahaja terjadi, Saat itu kita keseorangan tak berteman, Saat itu, hanya iman yang menjadi penentu sama ada cahaya yang akan kita perolehi di alam sana, atau kegelapan yang menyelubungi diri. oleh itu, sekiranya kita ditakdirkan mati sekarang, esok, lusa atau bila-bila masa sekalipun, adakah mati kita mati seorang mukmin yang beriman?

Mati itu tidak mampu dijangka.
Bila-bila masa sahaja diri boleh dipanggil pergi.
Pagi, petang, siang dan malam.
Masa berjalan, memandu dan tidur.
Tua, muda, tidak kenal usia dan bila-bila masa.
Alangkah indahnya bagi yang memahami seni dalam kematian ianya halus dan tersembunyi.
Maka tidakkah orang yang memahami perkara ini akan menghargai hari yang sedang dilalui?

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)
  
"SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DARIPADA ALLAH DAN YANG BURUK ITU DARIPADA DIRI INI"

Saturday 10 March 2012

Love Letters from Allah


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 
(An-Nur; 31 :24: juzuk 18)