DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Monday 12 March 2012

Dengan nama Allah


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


HANYA DENGAN BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
” Setiap pekerjaan yang mempunyai kebaikan ( penting ) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut ” Bismillahirahmanirahim”, maka pekerjaan itu akan pincang ( terputus dari rahmat Allah )

Jom dengar lagu yang sangat cute ini...BISMILLAH from Yusuff Islam:


 


No comments:

Post a Comment