DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 30 March 2012

Warna Kehidupan!!!

Semalam ialah kenangan...
Esok ialah misteri...
Hari ini ialah kurnia daripada Ilahi...

Alhamdulillah...hari ini aku masih bernyawa! :-)

Betapa aku berasa beruntung dan bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang manusia di bumi Allah ini. Bumi yang sungguh indah Allah cipta yang tidak akan ada di planet lain. Mendengar kicauan burung yang sangat merdu di pagi hari sangat mengasyikkan telinga ku. Menikmati hembusan angin segar di waktu pagi sangat menyamankan, melihat pokok-pokok kayu yang seakan sedang menari-nari dengan lemah gemalai apabila dihembus oleh tiupan angin lembut amat menarik perhatian, melihat awan putih yang sedang berarakan di atas sana menandakan cuaca indah akan menjelang. Dapat melihat mentari yang samar-samar menyuluh bumi Tuhan agar cerah pemandangan alam. Memang perfect ciptaan Allah yang tidak akan terjangkau dek akal manusia sehingga membuat aku terfikir sejenak, kalaulah aku tidak dilahirkan di muka bumi ini, sudah pasti aku tidak akan menikmati keindahan alam yang sangat mengkagumkan ini. Alangkah ruginya aku jika tidak dapat menikmati keindahan alam milik Allah ini. ALLAHHUAKBAR!!! terima kasih Allah.

Bertambah bertuah dan beruntung apabila aku mempunyai segala-galanya walaupun tidak berharta.Yang pennting aku punyai ibu bapa dan keluarga yang sayangkan aku...itu sudah cukup menggembirakan aku.  Walaupun aku tidak berharta dan kaya raya dengan wang ringgit, tetapi aku bersyukur dengan kehidupan yang Allah bagi padaku. Sangat-sangat bersyukur. Harta di dunia sememangnya boleh dicari kerana rezeki seseorang itu telah Allah tentukan dan ada dimana-mana. Namun, harta untuk aku bawa ke alam sana yang masih tidak cukup untuk aku sebenarnya. Aku  punyai kehidupan seperti orang lain, kadang-kadang gembira,  kadang-kadang duka, kadang-kadang menangis, kadang-kadang ketawa. i love my life very much!

Bercakap mengenai rezeki...sewaktu aku asyik menikmati keindahan alam di pagi hari, terpandang sebuah basikal tua yang "diparking" di tepi tong sampah di hadapan rumah sewaku. Aku tercari-cari gerangan pemilik basikal tua itu, tetapi tidak kelihatan kelibat sesiapa. ku lihat didalam raga basikal itu dipenuhi dengan plastik-plastik pelbagai warna, lantas berfikir untuk apakah plastik-plastik itu? tiba-tiba datang sebuah kenderaan pengangkut sampah yang singgah betul-betul di tepi basikal tua itu. Tidak lama selepas itu, keluar dua orang lelaki yang dengan pantasnya mengangkat tong-tong sampah yang dipenuhi sampah sarat dan diletakkan sampah itu di tempat sampah pada kenderaan yang mereka naiki. sedang dua lelaki itu mengangkat tong sampah, muncul seorang nenek tua dengan tangannya dipenuhi botol-botol plastik di sebalik pokok yang terletknya sebuah tong sampah menuju ke tempat parking basikal tuanya. Botol-botol plastik di tangannya dimasukkan ke dalam plastik yang diambil daripada raga basikalnya. Kemudian, nenek itu mengayuh basikalnya menuju entah ke mana...mencari botol plastik di tempat lain pula agaknya. Sangat sedih melihat nenek tua itu, mungkin itu cara dia mencari rezeki untuk menyara dirinya...~~~

~Dalam melalui arus kehidupan, kita kena harungi setiap persimpangan jalan...sama ada jalan itu penuh onak duri dan berliku-liku, atau pun jalan itu cantik tanpa halangan. Walau apapun dugaan yang mendatang, kita tidak sepatutnya berhenti melangkah kerana setiap langkahan yang kita buat, pasti akan mendapat bantuan daripada Allah...sesungguhnya, walau apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini terhadap kita sama ada perkara suka atau duka, sedih atau gembira, hidup mesti tetap diteruskan...Ingatlah Allah sentiasa Ada.~


~SEKADAR CORETAN~

No comments:

Post a Comment