DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 16 March 2012

Waktu Dulu-Dulu

Terasa ingin menjengah ke zaman kanak-kanak, Indahnya waktu dulu-dulu....;-)

Teringat zaman kanak-kanak, saat diri dimanja-manja oleh mak ayah, nak makan mak suapkan, nak mandi mak mandikan, nak pakai baju mak pakaikan...semua benda mak buat untuk aku, best nye! zaman kanak-kanaklah zaman yang paling meriah dengan pelbagai telatah. jika dihitung memang tidak terkira banyaknya kenagan masa lalu di usia kanak-kanakku.

Rindu waktu main masak-masak, main kejar-kejar, main sorok-sorok, main kawen-kawen, main pondok-pondok, main macam-macam dengan kawan-kawan di kampung. tapi, semua itu sekarang hanya tinggal kenangan. kenangan yang akan tersemat disanubari untuk selamanya, kerana bagiku kenangan itu lebih berharga untuk disimpan dalam memori hidupku.

Rindu juga waktu pergi mengaji Al-Quran di rumah tok guru (Allahyarham Tok Hassan/ Ayah Ngah) bersama abang, kakak dan kawan-kawan. pergi mengaji ramai-ramai dan masing-masing berebut nak baca dulu, sebab nak balik awal...Aku mula mengaji Quran rumah arwah Tok Ayah Ngah masa umur 6 tahun sebab sebelum tu mengaji dengan abah. Abah ajar mengaji sangatlah garang sampai aku kecut perut je 'time' kena hadap Quran depan abah. Nasib baik aku dihantar mengaji rumah arwah Ayah Ngah. selamat aku daripada rotan abah. hehehe...tapi aku tetap gembira boleh belajar mengaji dengan abah,aku tahu abah garang sebab nak suruh aku cepat pandai...

Masa kecil dulu, pegi sekolah abah hantar. masa 'first time' pergi sekolah masa darjah satu, aku sangat takut sebab abah tinggalkan aku di sekolah sorang-sorang. Aku tengok orang lain pon kena tinggal dengan 'parents' diaorang. ada yang sampai menangis-nangis. Tapi aku tak nangis sebab nak tunjuk 'cool' biar dalam hati sedih nak mampus kena tinggal masa tu. masa abah datang ambil aku waktu tamat sekolah, abah kena belanja 'ais cream' sebab aku merajuk dengan abah yang tinggal aku sorang-sorang di sekolah. Jadi abah pujuk dengan membelikan aku 'ais cream'. Tapi bila dah biasa pergi sekolah, rasa 'best' sebab dapat ramai kawan dan dapat belajar benda baru dengan suasana baru. seronok sangat masa tu...

'first time' dapat kawan baru rasa sangat teruja. (Wan Rahimah & Norhazaini) kawan pertama yang aku kenal masa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah iaitu Sek. Keb. Che Latiff. Sampai sekarang masih ingat pada mereka berdua. tapi sayang, sudah 'lost contac'. Nak buat macam manakan, sudah ditakdirkan aku dan mereka hanya sempat berkawan di usia kanak-kanak je. tapi, aku tetap nak berterima kasih kepada mereka berdua sebab sudi jadi kawan aku suatu ketika dahulu...

zaman kanak-kanak merupakan waktu yang sangat menyeronokkan dalam hidupku. tanpa memikirkan masalah atau apa-apa sahaja  perkara yang merungsingkan jiwa. sekiranya waktu dihentikan dan jika diberi pilihan untuk aku pilih waktu mana yang ingin aku singgah, akan ku pilih zaman kanak-kanak ku...ohhh! sungguh seronok waktu itu. waktu yang mungkin tidak lagi aku lalui selepas ini.

No comments:

Post a Comment