DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 22 February 2013

Dia Penyeri Hidupku

...Dengan nama Allah

Meskipun terlalu berat hati ini untuk meninggalkan rumah di kampung halaman, tetapi aku kuatkan juga demi mengejar salah satu matlamat hidupku...doakan anakmu di sini ibu....

Sesungguhnya pada waktu, detik, masa dan saat ini aku
sangat merindui seorang insan yang bernama ibu...
Ibu, sudah cukup bagiku engkau mengandung, melahirkan dan membesarkan aku
tak usah lah ibu mempersoalkan sejauhmana ibu harus menjagaku
kerana sudah cukup  sungguh ibu mejaga aku sehingga dewasa begini
tiada kata yang dapat aku ucapkan untuk menggambarkan
betapa aku bersyukur menjadi anakmu, dibesarkan olehmu, dijaga olehmu ibu...
hanya doa mampu ku hadiahkan
agar ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera
di bawah lindungan dan jagaan yang Maha Esa...
segala jasamu ibu, pasti akan sentiasa tersimpan dalam sanubariku
selama-lamanya...sampai mati.
ketahui lah ibu, tanpamu...siapalah aku.
Syukur Alhamdulillah...kerana Ibuku!

~Ya Allah, sembuhkanlah sakit ibuku...tabahkanlah hati ibukan dan kuatkanlah semangat ibu dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan~