DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Sunday 10 June 2012



bismillahhirrahmanirrahim...


assalamualaikum, di waktu petang yang sangat syahdu nan indah ini, tiba-tiba sahaja terasa ingin menulis... walaupun esok xm, tapi mood membaca tak de lagi nie...haiyya...nk tulis apa erk?

ok, sy nak kongsi satu ceritalah...renung-renungkan...

pernah seorang sahabat bertanyakan satu soalan, masa tu tengah borak-borak kosong bersama dua lagi sahabat yang lain...tengah xde modal nk bercakap tiba-tiba ade sorang sahabat tanya, macam mana nak jadi seorang manusia yang berkualiti yer?

masing-masing memandang satu sama lain, agak pelik dengan soalan itu sebab yang kami cakapkan mengenai perkara-perkara remeh-temeh yang biasa-biasa sekadar ingin memeriahkan suasana sahaja, sesekali tidak lari juga daripada gosip, hehe...agak lama kami menyepi sebelum soalan tu dijawab...hrmmm...macam mana nak jawab erk, seorang demi seorang diajukannya soalan yang sama...

tiba-tiba seorang sahabat pon tersengeh, dia cakap dia nak cuba jawab soalan tuu, katanya, "beginilah, aku ni bukan tahu sangat nak jawab soalan kau ni, tapi kalau setakat nak jawab biasa-biasa tu bolehla...maklumlah aku pon bukannya berkualiti sangat ponnn...hahaha (sambil ketawa agak besar) ok lah, bagi aku la kan, aku rasa "nak jadi seorang manusia yang berkualiti ni bukannya mudah.nak jadi berkualiti, kena la tahu, apa bendanya berkualiti tu...haa. bagi aku berkualiti tu maknanya baik lah...baik dari segi agama, baik dari segi akhlak, baik dari segi kelakuan, baik dari segi pertuturan...yang penting baik laa kan... xkira laa baik apa pon...nak jadi manusia yang berkualiti susuh tau,sebab kita kena berbakti pada hidup kita, maknanya, berbakti pada ibu bapa, pada negara, berbakti pada Allah dan yang paling penting, berbakti pada diri sendiri..."

haa...macam mana nak berbakti pada ibu bapa? senang je, jadilah seorang anak yang baikkk...yang taat, yang soleh...sebagai seorang anak, kita kena ikut semua cakap makayah, jangan sesekali bantah...dalam Al-Quran sendiri pun ada disebut, xleh bantah cakap ibu walaupun dengan menyebut "uhh"!!!...

berbakti pada negara pulak, banyak caranya...salah satu cara, sebagai pelajar, kita kena belajar betul-betul sampai berjaya, bila dah berjaya nanti hulurkanlah sedikit jasa untuk negara kita...ala, contohnya kalau kita kerja nanti jadi guru ke, doktor ke, polis ke...tu kira dah bantu negara laa...hahaha, aku rasalakan...



berbakti pada Allah ni, paling penting...sebagai hamba-Nya, kita hidup atas muka bumi ini, haruslah kita curahkan bakti...sebab Allah cipata kita untuk menjadi khalifah...dan bukan mudah nak jadi hamba yang betul-betul baik sebenarnya...haa, nak jadi hamba Allah yang baik kena lengkapkan rukun iman dan rukun Islam tuu...sebagai orang islam wajibla kan...pastu, buatlah yang Allah suruh, dan jangan buat yang Allah larang...kita kena ingat, hidup di dunia ni merupakan jalan untuk kita menuju akhirat...haa...sebab tu lah kita kena seimbangkan fardhu ain dan fardhu kifayah...hehehe, "macam ustaz plak aku"...

berbakti pada diri sendiri plak...kena la jadi seorang manusia yang baik...baik dari setiap segi, baik tingkah laku, baik dari segi pertuturan, alah baik luar baik dalam la senang cerita...haa...nak jadi baik ni bukan mudah yang korang sangka...nak jadi baik, kita kenala tahu dulu, apa maksud baik tuuu...haa, kalau dalam Islam sendiri nak jadi baik kita kena buat semua perkara yang Allah suruh dan jangan buat semua perkara yang Allah tidak suka.(amal makruf, nahi mungkar)...ala, nak jadi baik ni bukan senang, tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan. kalau omputeh plak kata where there is a will there is a way! hehe kalau tak silap laa...satu hal lagi, kena ikhlaskan diri untuk melakukan yang baik-baik je...hehe

haa...aku rasa kalau dah mampu berbakti pada apa yang aku bagi tahu, mungkin dah boleh jadi seorang manusia yang berkualiti kottt...ermm, aku nak bagi contoh yang mudah kat korang, kalu korang nak beli sesuatu barang, macam kasut ke, baju ke, beg ke, apa-apa saja lah... aku ambik contoh baju, kalau korang nak beli baju kan, macam-macam baju ada...macam-macam jenis, baju ni kalau korang nak tahu ada yang berkualiti ada jugak yang tak berkualiti...yang berkualiti ni, jenis yang tahan lama, tahan lasak, selalunya yang brand2 la kan, yang tak berkualiti pulak, jenis yang tak tahan lasak, mudah lusuh, mudah koyak ker...baju yang berkualiti harganya lebih mahal daripada yang tak berkualiti. Jadi, kalau kita mampu jadi manusia yang berkualiti kita dah dikira jadi manusia yang baik laa...so, secara tak langsung kita akan lebih berharga disisi Allah kelak...ada faham tak aku cakap?"

"kalau ada salah silap aku cakap korang baiki laa...aku ni ilmu bukannya sedalam laut ketujuh tu nak kongsi...budak yang banyak lagi perlu belajar macam aku ni, boleh bagi jawapan macam ni jela...walaupun sebesar zarah ilmu aku, aku nak jugak kongsi ngan member-member aku...."


~jadilah benih yang apabila disemai menghasilkan sebuah pohon yang rendang dan lebat buahnya...yang boleh dibuat berteduh dan boleh dikutip hasilnya~


pengajaran daripada cerita: bercakaplah sesuatu yang boleh membawa faedah...(^___^)

-SaHaBaT seLAmANyA-

4 comments: