DUHAI TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN JUGA PERINDU

Berjalanlah dengan penuh semangat walaupun hidupmu tidak seindah angan-angan, binalah jambatan kasih antara kita dan bukannya tembok penghalang untuk sebuah ikatan suci, Sedekahkan secebis senyuman walaupun hatimu sepi tidak tertahan, belajarlah memaafkan walaupun dirimu pasti akan dilukakan, Hiduplah dengan nafas iman walaupun harimu dipenuhi godaan dan ujian, Fahamilah erti kesabaran agar dirimu cekal mengharungi gelora yang dipenuhi dengan seribu dugaan, Berpeganglah pada janji-Nya walaupun Dia tidak kelihatan kerana bukti kasih-Nya kita bernafas dan berpijak di bumi yang menjadi pinjaman, Renangilah sungai impian dengan penuh kesabaran walaupun dalamnya mampu menenggelamkan, ketahuilah bahawa hidup ini adalah cermin yang memancarkan sejuta cerita, Semoga lelahmu akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh insani...

About Me

My photo
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم DIRI INI MILIK ALLAH YANG SATU! TERIMA KASIH ALLAH! i'm Noma Mat Salleh, i love pengat pisang and"hot lychee milk", i'm Islam warrior's...;-) i love my mom, my dad and my family very much...and i want to be friend with every one who wants to be my friend! (^___^) ...tak kenal maka tak cinta...
alangkah sepinya dunia ini... walaupun hidup di tengah ramai... suramnya hidup ini tanpa teman sejati...namun aku tahu dan aku sudah menemui yang namanya teman sejati dalam hidupku...terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku untuk lebih sedar akan kewujudan sahabat sejati yang sentiasa menemaniku dikala sukaku, dukaku, sedihku, tawaku...dan aku pasti sahabat sejatiku ini akan menemaniku di akhirat nanti...amiin p/s:jadika Al-Quran sebagai teman sejati kita...semoga mendapat rahmat dan berkat daripada yang ESA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Friday 18 January 2013

SenyumSokmo(^______^)

Bismilllahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kerana masih lagi mampu dan diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk aku bernafas pada hari ini dan dapat melihat keindahan ciptaan-Nya yang sememangnya tidak terjaukau dek akal manusia, sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama orang-orang tersayang dan masih mampu mengucapkan kalimah
 أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله

Bila malam menjelma, ku dongak ke langit...ku lihat bintang yang bergemerlapan begitu banyak sekali... bintang yang berkelip itu ada yang terang dan ada yang tidak. bintang-bintang itu ditemani oleh 1 rembulan yang seperti sedang tersenyum kepada semua bintang di atas sana. cahayanya sangat terang, menyuluh kepudaran malam... meskipun bintang ada banyak, tapi kalau tak de bulan mesti tak secerah itu pemandangan malam...Sangat cantik!!! seronoknya hidup kalau boleh jadi macam bulan, cahayanya terang...^____^


Semoga segala impian, angan-angan, cita-cita dan segala permintaan yang aku pohon dalam doa tidak melayang bak debu-debu yang berterbangan di atas sana... semoga diterima oleh yang maha Esa... dan semoga sinar hidupku akan jadi seperti bulan yang mampu menerangi alam...

~biarpun segala usahaku dicemuh insani, ku harap akan dihargai Ilahi~



No comments:

Post a Comment